Monday, 17 October 2011

Sungguh manusia boleh merancang hanya Allah menentukan, Allah yang mencipta kita, Dia tahu mana baik buat kita, jadi Allah telah memberi sesuatu yang terbaik buat kita, walau terkadang sesuatu itu nampak dalam pandangan zahir kita adalah amat tidak layak, atau tidak sepatutnya. kerana apa kita manusia kurang ilmu sebab tu kita berfikiran begitu.

Siapalah kita hendak mengarah itu ini, dan menginginkan permohonan kita dimakbulkan segera sedang kita ini siapa, seorang hamba, masakan hamba mahu mengarahkan tuannya mengikut perintah itu ini, dan memarahi tuannya jika permintaan kita belum di tunai lagi... layakkan kita berbuat begitu pada Allah, Tuhan kita, Tuhan yang mencipta kita, Tuhan yang memberi rezeki kepada kita tanpa kita membayarnya dan Tuhan yang memberi nyawa untuk kita hidup di dunia....??? layakkah kita?..Apatah lagi terkadang kita membuat sesuatu secara sengaja atau tidak sengaja yang melanggar perintahnya, dan sering lupa ...sungguh Allah telah memberi kita nikmat yang banyak...maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dusta???? asstaqfirullah...al azim..

Maha suci Engkau ya Allah Tuhan yang maha mengetahui yang ghaib...ampuni kami kalau kami bersalah, jangan Engkau hukumi kami kalau kami berdosa..ampunilah kami, kerana kami ini jahil dan selalu alpa..

Aku selalu membuat kamu sedih, maafkan aku kerana di luar pengetahuan aku dan kelalaian aku..Aku jua manusia biasa selalu buat silap..sungguh antara kita ada Allah dan Allah maha mengetahui hati2 kita, andai ia seperti yang kamu sangka...suatu hari Allah akan menunjukkannya....maafkanlah saya...maaf atas segalanya...semoga kamu dapat memaafkan saya agar tenang jiwa hamba...wsalam.

No comments:

Post a Comment