Wednesday 19 October 2011


Aku rindu sebuah cinta
cinta hanya daripada-Mu
aku mahu sebuah kasih
kasih hanya daripada-Mu
aku ingin sebuah nikmat
nikmat hanya daripada-Mu
aku impi sebuah rahmat
rahmat hanya daripada-Mu.
Tetapi aku tidak merasakan
hingga ziarah ini meragukan
kucuba gapai tangga arasy-Mu
jari-jariku tidak menyentuh apa-apa
alangkah jauhnya!
Kau di sanakah?
Kucuba intai di jendela-Mu
mataku tidak melihat apa-apa
alangkah terlindungnya.
Kau di sanakah?
Aku mahu masuki taman-Mu
tiada batas horizon
aku termanggu.
Kau di mana?
Dalam kesaujanaan senjaku
aku kian terjauh
aku kian terpinggir
aku kian tersisih
terdampar dan asing.
Ayyuhai Khaliqku!
Terkulai aku di hujung kaki-Mu
masihkah ada segala kelembutan itu?
Siapa aku di hadapan-Mu?
Siapa aku di sisi-Mu?

No comments:

Post a Comment