Thursday 27 October 2011

‎*Hadiah Terbaik*

Kepada kawan - Kesetiaan
Kepada musuh - Kemaafan
Kepada ketua - Khidmat
Kepada yang muda - Contoh terbaik
Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan ketaatan.
Kepada pasangan - Cinta dan kesetiaan.
Kepada manusia – Kebebasan
Kecantikan Lelaki Kegagahan Wanita*

-Kecantikan Lelaki-

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani.
Lelaki yang cantik.....................
Adalah lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan,
Adalah lelaki yang sedia menerima segala teguran,
Adalah lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun,
Adalah lelaki yang tenang dan lapang dada,
Adalah lelaki yang baik sangka dan,
Adalah lelaki yang tak pernah putus asa.
Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati,
Seluruh kecantikan yang ada pada Muhammad yang ummi
Adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.

-Kegagahan Wanita-

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan,
tetapi pada kekuatan perasaan,
Perempuan yang gagah.................
Adalah perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan,
Adalah perempuan yang tidak takut pada kemiskinan,
Adalah perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan,
Adalah perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan,
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman,
Seluruh kegagahan ini ada pada Khadijah yang ehsan.
Adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan... ...
Senyumlah andai dirimu dilukai
Senyumlah andai dirimu dilupai
Senyumlah andai dirimu dikhianati
Senyumlah andai dirimu ditindasi
Senyumlah andai dirimu dibebani
Senyumlah andai dirimu disakiti
kerana senyum itu pengubat segalanya
Cinta kami padamu ya Rasulullah ,

Cinta tiada terperi,
berapakah jarakmu dari kami ya Rasulullah,
kami merasakan Rasulullah ada di sini..

Cinta ikhlasmu pada kami semua!

Itu ialah sepotong lirik yang telah banyak membuka cinta sebenar Rasulullah kepada umatnya di muka bumi ini.

Ketika beliau wafat serta didatangi oleh malaikat Jibril, beliau berkata;

Kelak, setelah aku meninggalkan umatku, bagaimanalah nasib umatku.. Umatku..

Ya Allah, sangat tinggi sekali cintanya kepada kita semua!

Andai kita tahu bahawa..

Pedihnya perjuangan menyebarkan islam yang dilakukan oleh Rasulullah dan Para Sahabat. Kami menghargai susah payah baginda, kami menghargai titisan keringat darah,air mata dan nyawa Rasulullah dalam memperjuangkan islam untuk kita..

Dan kita semua sebagai umat islam akan membayar usaha mereka dengan menunjukkan kecintaan kepada ALLAH dan Rasul serta melaksanakan perintah ALLAH dan menyebarkan syiar Islam di muka bumi ini.

Amin..
Pada pandangan Saidina Umar Al-Khatab. Wanita sebenarnya ada 3 jenis:-

Pertama:

Wanita yang lemah lembut, iffah (menjaga kesuciannya), muslimah, penyayang dan selalu membantu suami. Jarang kita boleh mendapatkan wanita seperti ini.

Kedua:

Wanita yang hanya menjadi tempat mengandung anak, tidak lebih daripada itu.

Dan yang ketiga:

Wanita yang seperti dibelenggu. Sesungguhnya Allah kalungkan kepada orang yang Dia kehendaki dan mencabutnya jika Dia mengkehendakinya. Tiada apa-apa kelebihan sebagai wanita.

Jadi.. Di mana anda? Adakah anda hanya wanita yang menjadi tempat mengandung semata-mata atau lebih dari itu? Renung-renungkanlah.
Ketika seorang suami mengirimkan sms lebih dari sekali sehari

Padahal hanya bertanya “Apa khabar? Sudah Makan?”

Itu isyarat bahawa suami itu tersebut memberi perhatian kepada kamu..

Kerana pada dasarnya, lelaki tidak akan melakukan perkara seperti itu



Ketika lelaki terdiam setelah pertengkaran panjang yang melelahkan

Itu isyarat lelaki ingin pertengkaran itu berakhir dan tak mahu difikirkan lagi

Kerana lelaki paling tidak suka bertengkar lama – lama dengan mulut, kecuali dia mahu



Ketika suami memegang tangan dan membelai rambutmu

Itu isyarat dia merasa bersalah & tak ingin kehilangan dirimu

Kerana seorang yang sayang kamu tidak akan pernah sanggup

Melihatmu menangis, apatah lagi kerana sebab kesalahan dirinya



Ketika suami diam membisu,

Itu isyarat dia benar-benar marah sama kamu

Dan selagi suami masih bermasam muka

Itu isyarat dia tidak terlalu marah kepada kamu

Tetapi jika dia sudah lama terdiam, kemungkinan terburuk akan terjadi

Jika kamu mengerti, maka berhati-hatilah.
Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum.

Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan

“Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya.”

Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di’tewas’kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) Hari Akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). [al-Ahzab 33:21]