Wednesday 19 October 2011


Kau ibarat air…
Sebesar mana batu yang menghalang
Sesempit mana sungai yang kau lalui
Kau tetap mengalir
Tetap terus bergerak
Walau pada tebing tinggi
Kau jatuh bak air terjun
Kau tetap terus mengalir
Hingga nanti…..
Tiba di destinasimu…
Di muara itu….

Sejernih air yang mengalir…
Begitulah hatimu…
Memancarkan wajah insan
Yang memandang padamu
Sesuci mutlak air itu…
Begitulah suci niat hati
Mencari makna hidup
Mengertikan makna berpasangan….
Dalam jerih terus mengalir…
Sabar pada tiap laluan

Doaku agar kelak
Tibanya nanti dimuara
Dia ketemu bahagia
Dengan senyuman tenang
Dan haruman syurga
Bersama disisi insan disayangi
Dan detik itu…
Bila dia kembali merenung lipatan silam…
Jiwanya tulus pada takdir…
Dan naluri itu beryukur
Kerana dialah air….
Yang tak pernah lelah untuk bangkit..
Pada tiap liku hidupnya….!!! 

No comments:

Post a Comment