Monday, 17 October 2011

Salam...

dalam hidup ini, kita tak boleh marah...
marah itu mudah, tapi sabar itu lebih indah.

dalam hidup ini, teman ketawa senang dicari,
teman menangis, sukar didapati...

dalam hidup ini, andai bersalah kta bermaafanlah,
sementara kita masih ada di dunia.

dalam hidup ini, usahlah berkira sangat,
kerana semuanya bukan milik kita ia pinjaman belaka.

dalam hidup ini, tiada yang lebih baik rasa bahagia,
melainkan doa sahabat yang kita tidak tahu dia berdoa untuk kita,

dalam hidup ini, tidakkan rugi andai selalu memberi
kerana kita pasti akan dibalasi oleh Allah yang maha pengasih.

dalam hidup ini, andai kamu lapang fikiran,
aku tidak akan terpengaruh dengan hal-hal yang meremehkan..

dalam hidup ini, usia akan berakhir,
tetapi biarlah pahala terus mengalir...

dalam hidup ini, perjalanan hidup menuju kematian,
ia bermula sebaik sahaja kita dilahirkan...

dalam hidup ini, berhati-hatilah dengan dunia,
kerana halalnya diganjar dan yang haramnya akan dihisab..

dalam hidup ini, manusia perlulah berzikir,
seperti mana ikan perlukan air...

dalam hidup ini, hal-hal yang dilarang Allah seronok,
tetapi yang seronok akan hilang dosa akan kekal...

dalam hidup ini, andai kita punya kekayaan jiwa,
memaafkan orang lain adalah menjadi biasa...

senyumlah..senyumlah wahai kawan,
kerana senyuman itu sedekah memberi ketenangan...

No comments:

Post a Comment