Monday, 17 October 2011

aku rindu kamu,
aku tunggu kamu tiap waktu,
curahi aku rahmah,
selimuti aku barokah,
kurniakan aku magfirah.
aku insan kerdil di bumiMu ya Allah
yang penuh dosa..
terimalah amal ibadat hamba...

selamat datang sayang,
sila masuk menetaplah di hatiku,
jadilah belahan jiwaku.
peluklah aku dimalam-malammu.

sayang...
setahun berlalu,
pelbagai peristiwa singgah,
aku tetap sabar setia..

kau tinggalkan aku,
sewaktu aku memerlukanmu,
kau berlalu penuh hiba,
ku relakanmu jua

sayang..
aku syukuri kau kan kembali,
membawa rahmat kasih,
barokah dan magfirah Ilahi .

temukan kami ya Allah
dalam mahabbah rindu cinta.
ramadhan pernuh barokah.
di siang dan malamnya.

No comments:

Post a Comment